Kenali Lemak Tepu & Lemak Tidak Tepu

  • Tuesday, December 03, 2013
  • By Rose MH
  • 4 Comments


Selalu kita mendengar perihal lemak tepu atau lemak tidak tepu. Dapatkah kita membezakan diantara kedua-dua jenis lemak ini?

Lemak dapat digolongkan dalam 3 jenis iaitu lemak tepu , lemak tidak tepu , dan lemak trans . Masing - masing mempunyai struktur kimia dan bentuk yang berbeza .Pada suhu bilik , lemak tepu dan lemak trans berbentuk padat seperti butter sedangkan lemak tidak tepu biasanya berbentuk cair , contohnya minyak sayur .Ketiga jenis lemak tersebut juga mempunyai pengaruh yang berbeza pada kadar kolesterol di tubuh kita . Sifat lemak tepu dan lemak trans banyak membawa kolesterol LDL dalam darah yang mengakibatkan plat melekat pada saluran pembuluh darah yang akhirnya akan mengganggu sistem peredaran darah dan bekalan oksigen dalam tubuh kita .Oleh kerana itu , kedua-dua jenis lemak tersebut sering dikenali sebagia lemak jahat . Berbeza pada lemak tidak tepu yang membawa lebih sedikit kolesterol dan lemak di dalam darah . Mari kite kenali lebih lanjut tentang lemak tersebut.

 
Lemak Tepu
 


Lemak tepu mudah dikenali dari bentuknya yang padat seperti lilin dan banyak dijumpai pada produk yang berasal dari haiwan seperti daging merah , mentega , atau tenusu asli . Pada sumber tumbuh2an , ia didapati pada minyak kelapa dan minyak sawit .Lemak tepu mempunyai sifat yang boleh menganggu tubuh iaitu boleh memekatkan darah sehingga mudah melekat pada dinding pembuluh darah kerana menggumpal yang tentu saja boleh mengganggu peredaran darah dalam tubuh .Lemak tepu juga mudah melekat pada dinding saluran darah dan boleh mengakibatkan pengerasan dinding pembuluh darah . Oleh kerana peredaran darah dan oksigen terganggu, mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tepu yang tinggi berisiko kepada seperti penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.


Lemak Tidak Tepu


Jenis lemak ini biasenye akan cair pada suhu bilik , tetapi boleh berubah menjadi padat jika disimpan ddi dalam peti. banyak terdapat dari sumber tumbuh2an seperti minyak sayur ( minyak Zaitun , minyak bunga Matahari , minyak bijan , minyak kacang soya , kacang ) dan Avocado . Juga banyak dijumpai pada sumber protein seperti ikan salmon.


Lemak jenis ini dikenali sebagai lemak baik kerana sifatnya yang baik di mana kandungan kolesterol LDL yang dimilikinya lebih sedikit berbanding yang terdapat dalam lemak tepu .Menurut kajian ia boleh meningkatkan antibodi pada tubuh , menurunkan kolesterol LDL , dan menurunkan risiko serangan jantung .
Lemak tidak tepu boleh dikategorikan dalam 2 jenis yakni : lemak tidak tepu tunggal ( mono - unsaturated fatty acids ) dan lemak tidak tepu ganda ( poly - unsaturated fatty acids ) .
Asid lemak tidak tepu tunggal boleh didapati pada minyak Zaitun, minyak kacang, dan minyak Canola, Avokado, dan sebahagian besar kekacang. Manakala, Asid lemak tidak tepu ganda boleh didapati pada minyak jagung , minyak biji bunga Matahari , dan minyak kacang soya .
Asid lemak tak tepu mempunyai ikatan atom karbon kembar yang mudah terurai dan bertindak balas dengan sebatian lain , sehingga mendapatkan komposisi yang stabil berupa asid lemak tepu.Semakin banyak jumlah ikatan pasangan itu ( poly - unsaturated ) , semakin mudah bertindak balas /berubah menjadi minyak tersebut. Minyak dengan asid lemak tak tepu adalah lebih baik dimakan begitu sahaja seperti minyak zaitun.


Apabila digunakan untuk memasak , boleh digunakan untuk masakan bertumis kerana kepanasan nya tidak berlangsung lama . Jika digunakan untuk menggoreng , asid lemak tidak tepu lebih mudah membentuk lemak trans yang berbahaya kerana sifatnya yang mudah bertindak balas . Selain itu , penggunaannya tidak boleh melebihi 4 gram sehari.


Lemak Trans


Lemak trans berasal dari lemak tidak tepu yang mengalami proses pemadatan dengan teknik hidrogenisasi separa yang menyebabkan perubahan konfigurasi ikatan kimia lemak itu .

 Akibatnya , lemak tidak tepu yang umumnya berbentuk cair, menjadi berbentuk padat dan lebih awet.Tujuan sebenarnya adalah untuk membantu minyak sayuran yang bersifat tidak tepu menjadi lebih stabil sehingga lebih tahan terhadap reaksi kepanasan dan tetap padat pada suhu bilik .Walaupun berasal dari lemak tidak tepu yang bersifat baik , lemak trans ini berubah sifatnya kerana proses hidrogenisasi tadi . Lemak jenis ini menjadi tidak berbeza dengan lemak tepu kerana sifatnya yang meningkatkan kolesterol LDL dan menurunkan kadar kolesterol LDL .

Produk dari lemak trans salah satunya berupa margarine yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita .


Sumber.










You Might Also Like

4 comments

  1. betol ka minyak kelapa xbagus.bukan ke minyak kelapa baik untuk kesihatan

    ReplyDelete
  2. Minyak kelapa dara sangat bagus sehingga dikatakan minyak ajaib. Minyak kelapa dara yg diproses secara coldpressing adalah terbaik berbau harum kelapa,jernih seperti air. Lawati coldpressvco.WordPress. com. coldpressvco.Blogspot.com
    Hubungi 017-436 3649
    Harga 100ml/ RM15 sahaja

    ReplyDelete
  3. Untuk jaga kesihatan jantung, elok sangat kawal pengambilan lemak tepu dan ambil supplemen juga.

    ReplyDelete